Saturday, February 4, 2012

Tuhan Manusia dari Faisal Tehrani

"Semua agama itu tidak sama. Tapi betul, yang semua agama menyeru ke arah kebaikan."

#1 Waktu Tingkatan 2 dahulu, kelas agama yang paling saya suka sebab Ustazah Fatimah rajin bercerita. Tapi, malang sekali, waktu itu segala cerita diserap satu hala. Zaman itu, rasa naif melebihi rasa ingin tahu, jadi segala pertanyaan, "Mengapa, apa, di mana, bagaimana" semuanya ditutup dek diam seribu bahasa. Tau sahaja hujung bulan ada kertas ujian menanti. Barangkali itu sebabnya bila Ustazah cakap ayat di atas, saya semat sahaja baik-baik dalam hati. Tiada soalan.
.
#2 Satu masa dahulu di zaman undergraduate, dimulakan cerita dengan imbasan kenangan bersama kawan kawan. Mungkin kenangan itu besar impaknya, sebab sampai sekarang saya ingat segala butirnya (Lebih dari cerita ceriti gosip harian yang tak ketahuan benarnya). Dalam perbincangan itu, 'kakak' saya telah mengingatkan kami tentang ayat yang sama. Waktu ini, mungkin saya lebih berani dalam bertanya.

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir!“Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku. (109: 1-6)
#3 Saasatul Ibaad saya beli pada tahun 2009. Janji pada diri setiap helaian ingin dihabiskan, tapi manusia. "Terlupa apa yang perlu, terlalu banyak alasannya." Mungkin terlalu berat, tak tercapai dek kemampuan saya pada waktu itu. Lalu sahabat saya mencadangkan buku ini, oleh penulis yang sama. Tak pernah ada kesempatan untuk membeli, tahun 2012 menemukan kami.


"Kerana ilmu sangat penting. Ilmu membezakan manusia dan haiwan ternak, membezakan manusia dan malaikat. Hah, kerana ilmulah manusia, mendapat darjat yang lebih istimewa daripada malaikat. Kata 'ilm diulang sebanyak tujuh ratus lima puluh kali dengan berbagai-bagai bentuk dalam al-Quran." (ms 278, para 3)

Berkisar tentang Ali Taqi, seorang adik yang mencari jawapan terhadap satu persoalan yang berat. Berat, bukan sahaja sebab ia menggoncang haluan abangnya, tetapi menggugat segala ummat yang mengambil kisah. Tiada sebarang unsur cinta terlalu idealistik yang menganggu tema utama novel ini, cuma kekuatan kasih antara seorang adik kepada seorang abang, seorang bapa kepada seorang anak, seorang hamba kepada Tuhannya. Dan mungkin kisah Zehra dengan kisahnya yang tidak berbalas, atau Encik Aris dengan ideologinya yang bagi saya, sangat gerun sekali bila membacanya. Mungkin sebab persoalan ini 'baru' bagi saya.

Setiap helaian membuka mata saya. Betul, sebab buku ini sarat dengan segala maklumat dan hujah, saya kagum dengan hasil kajian penulisnya. Terperinci, dan tidak sambil lewa, serta serius dengan penyampaiannya.

Dalam dunia perbincangan sehari-hari, malahan dalam ruang social networking, saya dipertemukan dengan istilah dan sekumpulan manusia yang 'holier-than-thou' ataupun lebih jelas dengan label 'self-righteous'. Selalunya pendekatan yang menghukum itu didahulukan daripada mendidik, just because.

"Sekolah agama kot. Perangai sama je."
"Pakai tudung tapi...."
" Dulu kat sekolah _________ (masukkan perlakuan baik). Sekarang upload video Youtube. Takut aku dengan dia. Aktiviti seni kononnya."

Seolah olah manusia yang lahir dalam background agama, bersekolah agama itu selamanya maksum. Seolah-olah disebabkan satu kekurangan, habis semua kebaikan. Seolah-olah pencuri yang ditidakkan kebenaran tatkala berpesan supaya tidak mencuri, tanpa difikirkan kebenaran pesanannya.

Dalam buku ini, kepentingan dalam hikmah itu ditunjukkan, agar indah itu lebih difahami. Dan penjelasan itu seharusnya berlandaskan sesuatu yang relevan dan diterima fikrahnya. Bukan sekadar free-mind based, terima sahaja segalanya. Tidak bermaksud jika seseorang itu menolak pluralisme, beliau tidak boleh menganjur kebaikan dengan manusia lain yang berbeza agama dan bangsa. Tidak juga bermaksud manusia itu tidak ada batasnya. Agar yang keliru itu tak terus berlalu, yang kabur itu tak terus gelap, yang terus itu tiba tiba berhala.

"Andai kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya, dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama."

Habis sahaja menyelak buku ini, saya tahu banyak lagi yang saya perlu cari. Mudah-mudahan tidak terbatas di sini sahaja.

2 comments: